Friday, August 14, 2009

Hari Kedua Penuh Kontroversi

Hari ke dua penuh dengan kontroversi. Pihak teknikal kereta solar memang kelam-kabut dan tidak telus.

  1. Undian tidak dilakukan untuk giliran membentangkan power point. Tetapi senarai yang dikeluarkan nampaknya tidak mengikut no 1,2, 3 dan… bagaimana ‘list’ dibuat menjadi tanda Tanya?



2. Semasa persediaan power point pihak teknikal telah melarang semua pasukan menggunakan power point yang sedia ada dan grafik luar tidak boleh digunakan, Jika diguna maka team akan disqualified. Tetapi pemerhatian di bilik kuarantin didapati ada pasukan yang menggunakan grafik yang tidak dibenarkan dan mereka masih dapat meneruskan pertandingan kelajuan.


  1. Team Pahang menjadi mangsa keadaan. Sebelum pasukan Pahang habis pembentangan, pihak teknikal dari CETREE telah mengumumkan untuk menjalankan pertandingan kelajuan.

  1. Pertandingan hanya dijalankan hingga separuh akhir. Pertandingan akhir iaitu 4 kereta terbaik tidak diuji untuk peringkat terakhir (mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh CETREE dari USM).

  1. Setelah pihak teknikal menamatkan pertandingan, pasukan Negeri Sembilan sedar bahawa tayar yang disediakan untuk pertandingan bagi semua pasukan tidak sama.

Mengikut peraturan 2 set tayar diberikan kepada semua pasukan. Sepatutnya tayar yang diberi sama bagi semua pasukan tetapi didapati terdapat 5 jenis tayar yang berbeza disediakan dan semua pasukan mendapat jenis tayar yang berbeza.


Dari pemerhatian didapati pasukan Perlis yang johan acara ini mendapat tayar yang paling ringan.

  1. Pasukan yang menjadi Johan (Perlis) menggunakan minyak “Gris” untuk melicinkan gandar dan gear mereka. Di dalam senarai bahan tiada dinyatakan mengenai minyak ini.

  1. Ketua kontijen beberapa negeri telah membuat bantahan rasmi dengan membayar RM50.00 tetapi pihak teknikal tidak menjawab bantahan yang dikemukakan. Antara bantahan yang dikemukakan adalah tentang tayar dan masa persediaan power point yang dipendekkan daripada 4 jam ke 3 jam 15 minit.

  1. Mereka berjanji akan menjawab pada hari Khamis tetapi tiada sesiapapun daripada pihak CETREE hadir pada hari tersebut dan menjawab bantahan.

No comments:

Post a Comment