Friday, August 14, 2009

Hari Kedua Penuh Kontroversi

Hari ke dua penuh dengan kontroversi. Pihak teknikal kereta solar memang kelam-kabut dan tidak telus.

  1. Undian tidak dilakukan untuk giliran membentangkan power point. Tetapi senarai yang dikeluarkan nampaknya tidak mengikut no 1,2, 3 dan… bagaimana ‘list’ dibuat menjadi tanda Tanya?



2. Semasa persediaan power point pihak teknikal telah melarang semua pasukan menggunakan power point yang sedia ada dan grafik luar tidak boleh digunakan, Jika diguna maka team akan disqualified. Tetapi pemerhatian di bilik kuarantin didapati ada pasukan yang menggunakan grafik yang tidak dibenarkan dan mereka masih dapat meneruskan pertandingan kelajuan.


  1. Team Pahang menjadi mangsa keadaan. Sebelum pasukan Pahang habis pembentangan, pihak teknikal dari CETREE telah mengumumkan untuk menjalankan pertandingan kelajuan.

  1. Pertandingan hanya dijalankan hingga separuh akhir. Pertandingan akhir iaitu 4 kereta terbaik tidak diuji untuk peringkat terakhir (mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh CETREE dari USM).

  1. Setelah pihak teknikal menamatkan pertandingan, pasukan Negeri Sembilan sedar bahawa tayar yang disediakan untuk pertandingan bagi semua pasukan tidak sama.

Mengikut peraturan 2 set tayar diberikan kepada semua pasukan. Sepatutnya tayar yang diberi sama bagi semua pasukan tetapi didapati terdapat 5 jenis tayar yang berbeza disediakan dan semua pasukan mendapat jenis tayar yang berbeza.


Dari pemerhatian didapati pasukan Perlis yang johan acara ini mendapat tayar yang paling ringan.

  1. Pasukan yang menjadi Johan (Perlis) menggunakan minyak “Gris” untuk melicinkan gandar dan gear mereka. Di dalam senarai bahan tiada dinyatakan mengenai minyak ini.

  1. Ketua kontijen beberapa negeri telah membuat bantahan rasmi dengan membayar RM50.00 tetapi pihak teknikal tidak menjawab bantahan yang dikemukakan. Antara bantahan yang dikemukakan adalah tentang tayar dan masa persediaan power point yang dipendekkan daripada 4 jam ke 3 jam 15 minit.

  1. Mereka berjanji akan menjawab pada hari Khamis tetapi tiada sesiapapun daripada pihak CETREE hadir pada hari tersebut dan menjawab bantahan.

Tuesday, August 11, 2009

Solar Car Competition Day 2

Pelajar dah bersedia untuk persembahan multimedia





Persediaan sebelum hari kedua pertandingan. Pelajar berlatih mempersembahkan multimedia.

Monday, August 10, 2009

More Photos from Day 1

Secara keseluruhan daripada pemerhatian saya, semua peserta sama-sama hebat. Ada kereta yang dapat mencatat masa dibawah 3 saat (jarak 5 metre).

Pada hari kedua pelajar-pelajar akan membentangkan power point mereka dan ujian kelajuan akan dijalankan. Menurut penganjur pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah markah keseluruhan iaitu persembahan multimedia 70% dan kelajuan 30%.



Kereta-kereta Solar yang telah siap.

Assoc. Prof. Dr. Haslan Abu Hassan from CETREE testing our car.
Comment: Power good but heavy



Johor's solar car.



Testing the car

Solar Car Competition Day 1


Bertolak daripada Chalet.

Institut Perguruan Perlis

Peserta sedang menunggu untuk masuk ke dalam makmal

Pertandingan di mulakan


Ada yang tercedera.

Sunday, August 9, 2009

The Day....Perjalanan Ke Perlis



Setelah dua minggu berhempas-pulas berlatih 'finally' kami berlepas ke Perlis. Thank you kepada Cikgu Saharudin dan cikgu Shikin kerana menghantar kami ke PPD Kota. Special thanks pada cikgu Shikin dan guru-guru yang sponsor T-shirt dan baju koprat. Terima kasih juga kepada pengetua dan semua guru SMKTSS yang tidak putus-putus memberi semangat dan motivasi kepada solar team. Menang kalah adat pertandingan, tapi kami akan berjuang habis-habisan untuk mendapat kejayaan di Perlis nanti. Malam nanti nak try lagi perbaiki kereta solar.

Latihan lanjutan


Selepas latihan pusat kajian dan latihan diteruskan untuk memperbaiki rekaan kereta solar. Memang penat, sampai keretapun accident....hehe!

Latihan Pusat Kereta Solar Kebangsaan

Satu latihan pusat untuk pertandingan karnival sains dan teknologi peringkat kebangsaan telah diadakan bagi kontijen Johor di SMK Sukan Bandar Penawar. Saya ucapkan terima kasih kepada En.Azmi Abu(pusat koko), En. Ishak(ppd) dan En.Poobathy(SMK Tun Habab) kerana telah menyediakan latihan, tempat tinggal dan makanan untuk pasukan solar SMKTSS , Kota Tinggi, Johor.